MSSJ ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Sayful Nurasraf bin Mohammad dari SMK Taman Universiti 2, Johor Bahru atas pencapaian cemerlang beliau yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam Europe Massage Championship 2025 yang bakal berlangsung di Paris.
Beliau merupakan tulang belakang dan penggerak utama sukan olahraga MSSJ, dengan peranan penting sebagai fisioterapis pasukan MSSJ sejak sebelum era PKP lagi. Dedikasi dan sumbangan beliau kepada pasukan amatlah dihargai dan dikenang.
Kami warga MSSJ amat berbangga dengan pencapaian ini, dan memohon jasa baik semua untuk mendoakan kejayaan Cikgu Sayful serta pasukan Johor agar dipermudahkan segala urusan dan diberi kejayaan dalam mengharumkan nama negeri dan negara di persada dunia.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan semangat beliau diberkati dan membuahkan hasil yang gemilang.
All the best, Cikgu Sayful!