Monday, November 11, 2013

PENYERTAAN SMK TAMAN UNIVERSITI 2 KE PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2013




Pertandingan Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 2-5 minit.



Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut :

  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembanguan kandungan;
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan dan
  3. Mencetus keterujaan di kalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industry kandungan.

Tema bagi Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 adalah “KLIK DENGAN BIJAK”



Keputusan Pertandingan Liga Remaja Kreatif Tahun 2013


Pemenang-pemenang bagi negeri Melaka :


Pemenang Saguhati

SMK Munshi Abdullah

Kolej Dato Muhd Zain

SMK Kampung Gelam

SMK Munshi Abdullah

SM Teknik Melaka

SMK Munshi Abdullah

SMK Kampung Gelam



Pemenang Pertama : Kolej Yayasan Saad

Pemenang Kedua : SM Agama Jaim

Pemenang Ketiga : SMK Sri Pengkalan



Pemenang-pemenang bagi negeri Johor :


Pemenang Saguhati

SMK Sri Medan

SMK Mutiara Rini

SMK Bandar Penawar

SMK Taman Universiti 2

SMK Mutiara Rini

SMK Bandar Maharani

Maktab Sultan Abu Bakar



Pemenang Pertama : SMK Semenchu

Pemenang Kedua : SMK Sultanah Engku Tun Aminah

Pemenang Ketiga : SMK Taman Selesa Jaya 2

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Liga remaja Kreatif telah berlangsung pada 30 September 2013 bertempat di Hotel Thistle, Johor bahru.