๐จ ARAHAN SEGERA KEPADA SEMUA SEKOLAH NEGERI JOHOR
Berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan murid sekolah di Negeri Johor semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menggesa semua sekolah mengambil perhatian serius serta tidak berkompromi dalam aspek keselamatan murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sehubungan itu, semua sekolah negeri Johor DIARAHKAN melaksanakan perkara berikut:
๐ 1. Kawalan Pintu Masuk Sekolah
๐จ๐ซ Guru bertugas WAJIB berada di pintu masuk semasa waktu murid hadir dan pulang.
๐ธ Mengawal pergerakan serta penyuraian murid secara selamat.
๐ช Pintu pagar utama hendaklah sentiasa ditutup dan dikawal.
๐ Mengehadkan pergerakan kenderaan keluar masuk sekolah semasa waktu puncak.
๐ Semua kenderaan pelawat WAJIB mendaftar di pondok pengawal.
๐️ Pemantauan akan dilaksanakan oleh PPD/JPN.
๐ 2. Pematuhan SOP Pengawalan & Penyuraian Murid
✅ Semua sekolah WAJIB mematuhi SOP sepenuhnya.
๐ Selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institusi Pendidikan KPM (29 April 2022).
๐ Pemantauan berjadual dan mengejut oleh PPD dan JPN.
๐ 3. Penilaian Kendiri Keselamatan Sekolah (SPPIP-SPKS)
๐งพ WAJIB melaksanakan penilaian kendiri melalui Sistem Pemeriksaan dan Penilaian Institusi Pendidikan – Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah SPPIP-SPKS secara jujur dan berintegriti.
⚠️ Melaksanakan tindakan penambahbaikan segera berdasarkan dapatan.

.png)


















































