PROFILE SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK Taman Universiti 2 terletak di kawasan Taman Universiti dan bersempadan dengan Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Sekolah ini terletak lebih kurang 26 km dari Bandar Johor Bahru. Pembinaan sekolah ini bermula pada 2 Jun 1999 dan kos pembinaan RM 5 888 059.40. Kerja-kerja asal pembinaan sekolah siap pada 7 Jun 2001. Sekolah ini telah diserah secara rasmi kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam satu majlis pada 30 Jun 2001. Sekolah ini mempunyai 4 blok iaitu blok A, B, C dan D yang terdiri daripada 4 tingkat, sebuah kantin dan sebuah bengkel sains pertanian.


PEMBUKAAN SEKOLAH
Sesi persekolahan SMK Taman Universiti 2 bermula secara rasmi pada 9 Julai 2001. Pada masa itu, sekolah hanya mempunyai seramai 13 orang guru dan seorang kerani. Bilangan pelajar mendaftar adalah seramai 779 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4 di mana kebanyakan daripada mereka adalah dari SMK Taman Universiti. Jumlah keseluruhan kelas yang dibuka adalah sebanyak 21 buah.
Pada awal sesi persekolahan tahun 2002 pula, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1315 orang dengan 34 buah kelas yang meliputi Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3, 4 dan 5. Bilangan guru adalah seramai 59 orang termasuk 4 orang guru sandaran tidak terlatih. Namun pada bulan Jun, bilangan pelajar telah menurun kepada 769 orang dan bilangan guru 42 orang disebabkan pertukaran pelajar ke sekolah baru iaitu SMK Kangkar Pulai.
Pada awal sesi persekolahan tahun 2003, bilangan pelajar adalah seramai 818 orang dengan 22 buah kelas dan bilangan guru seramai 45 orang. Pada 1 Julai 2003, sebuah sekolah baru telah dibuka iaitu SMK Desa Skudai. Kira-kira seramai 120 orang pelajar telah bertukar ke sekolah tersebut. Kini mengikut bancian 15 Julai 2003, bilangan pelajar yang ada adalah seramai 679 orang dengan 41 orang guru.
Manakala pada sesi persekolahan 2004, bilangan pelajar meningkat kepada 853 orang dan bilangan guru adalah seramai 44 orang.
Bermulanya sesi persekolahan 2005, bilangan pelajar adalah seramai 1012 orang dan bilangan guru adalah seramai 45 orang. Sehingga Jun 2005, bilangan guru telah meningkat kepada 52 orang manakala bilangan pelajar adalah seramai 1015 orang.
Pada awal sesi persekolahan 2006, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1234 orang dan bilangan guru adalah seramai 59 orang.

Pada sesi persekolahan 2007 pula, bilangan pelajar adalah seramai 1379 orang dan bilangan guru adalah seramai 69 orang.

(credit: http://smktu02.blogspot.com/)

 

Matlamat Sekolah

  • Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
  • Mewujudkan pengajaran dan pembelajaran terancang dengan pelbagai strategi.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu dan berinisiatif.
  • Melahirkan pelajar yang amanah, beramal dan berbudi.
  • Mewujudkan sekolah yang ceria, bersih dan selamat.
  • Melahirkan warga yang mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi.
  • Membentuk warga yang berikhtiar untuk pendidikan berterusan.
  • Melahirkan warga yang berdaya saing dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum

 (credit:http://smktu02.blogspot.com)



PIAGAM PELANGGAN SMK TAMAN UNIVERSITI 2
Kami Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 dengan penuh tekad dan iltizam berpegang kepada moto "Beriltizam Maju Cemerlang" berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara bagi mencapai matlamat Wawasan Pendidikan serta matlamat Perpaduan Negara
  2. Memastikan kami sentiasa peka kepada perubahan dan kehendak pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap, cukup dan menepati masa dalam setiap urusan rasmi.
  3. Menjadikan sekolah ini sebagai institusi pelajaran yang sempurna dan menyeluruh kepada anak-anak didik dalam membentuk insan bersahsiah.
  4. Menyediakan situasi pembelajaran yang kondusif kepada anak didik dengan kerjasama pelanggan. 
  5. Melahirkan anak didik yang bersahsiah tinggi, bermotivasi, berketrampilan demi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum.
  6. Memastikan warga pendidik sentiasa beriltizam, berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, inovatif dan produktif untuk berkhidmat dengan cekap, berkesan dan berintegriti.
  7. Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, sedia menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi kecemerlangan sekolah ini.
  8. Mewujudkan budaya saling hormat-menghormati dan sayangkan sekolah.
 

No comments:

Post a Comment