IKHLAS DARI WARGA SMK TAMAN UNIVERSITI 2
Monday, November 3, 2014
Sunday, August 3, 2014
Tuesday, February 4, 2014
Bantuan Khas Persekolahan dan Program Jalinan Mesra (Hari Terbuka) 2014
Tarikh : 5 Februari 2014 - 6 Februari 2014
Hari : Rabu & Khamis
Masa : Sesi pagi 1.15 petang - 3.00 petang
Sesi petang 11.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Muhibbah
Hari pertama (5 Februari 2014)
Sesi pagi : Ting.5 / Ting. 3.1 - 3.5
Sesi petang : Ting. 2
Hari kedua (6 Februari 2014)
Sesi pagi : Ting.4 / Ting. 3.6 - 3.10
Sesi petang : Ting.Peralihan & Ting. 1
Tuesday, January 21, 2014
Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU
kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai
pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi
mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa
daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan
keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Subscribe to:
Posts (Atom)