Tahniah kepada seluruh warga SMK Taman Universiti 2 atas penerimaan beberapa anugerah di atas kecemerlangan SPM 2025. Majlis ini bersempena Perhimpunan Bulanan Bil 2/2026 Anugerah Kecemerlangan SPM 2026 di Dewan Auditorium Iskandar Puteri pada 21 Mei 2026 disampaikan oleh En Adnan Bin Shamsuddin Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.



Saturday, May 30, 2026
Tahniah kepada warga SMK Taman Universiti 2 atas Anugerah Peningkatan GPS melebihi 0.60 bagi pencapaian SPM 2025. Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam 2025 Negeri Johor, disampaikan oleh YB Aznan Bin Tamin Exco Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor . Di Hotel KSL JB pada 14 Mei 2026
Thursday, May 7, 2026
π¨ ARAHAN SEGERA KEPADA SEMUA SEKOLAH NEGERI JOHOR
Berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan murid sekolah di Negeri Johor semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menggesa semua sekolah mengambil perhatian serius serta tidak berkompromi dalam aspek keselamatan murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sehubungan itu, semua sekolah negeri Johor DIARAHKAN melaksanakan perkara berikut:
π 1. Kawalan Pintu Masuk Sekolah
π¨π« Guru bertugas WAJIB berada di pintu masuk semasa waktu murid hadir dan pulang.
πΈ Mengawal pergerakan serta penyuraian murid secara selamat.
πͺ Pintu pagar utama hendaklah sentiasa ditutup dan dikawal.
π Mengehadkan pergerakan kenderaan keluar masuk sekolah semasa waktu puncak.
π Semua kenderaan pelawat WAJIB mendaftar di pondok pengawal.
π️ Pemantauan akan dilaksanakan oleh PPD/JPN.
π 2. Pematuhan SOP Pengawalan & Penyuraian Murid
✅ Semua sekolah WAJIB mematuhi SOP sepenuhnya.
π Selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institusi Pendidikan KPM (29 April 2022).
π Pemantauan berjadual dan mengejut oleh PPD dan JPN.
π 3. Penilaian Kendiri Keselamatan Sekolah (SPPIP-SPKS)
π§Ύ WAJIB melaksanakan penilaian kendiri melalui Sistem Pemeriksaan dan Penilaian Institusi Pendidikan – Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah SPPIP-SPKS secara jujur dan berintegriti.
⚠️ Melaksanakan tindakan penambahbaikan segera berdasarkan dapatan.





























.png)
